
PENULARAN kes jangkitan Covid-19 di
Malaysia mengorbankan seorang lagi mangsa menjadikan jumlah kumulatif
kes kematian di negara ini adalah 11 orang.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes berkenaan
dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan
(CPRC).
Mengulas lanjut, katanya, kes kematian
ke-11 itu adalah kes positif ke-1,070 iaitu membabitkan warganegara
Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik.
“Dukacita dimaklumkan sehingga kini,
terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 yang
telah dilaporkan kepada CPRC.
“Beliau (arwah) mempunyai sejarah
perjalanan ke Indonesia pada Februari 2020. KKM juga dimaklumkan bahawa
beliau adalah pengerusi surau kawasan setempat beliau.
“Beliau mula menunjukkan gejala seminggu
sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) 18 Mac 2020.
“Beliau disahkan positif Covid-19 pada
19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kesihatannya merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia 22 Mac
2020 jam 9.05 malam. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga
pesakit,” katanya di Facebook (FB).
sumber : buletinsabah.com
sumber : buletinsabah.com

0 Comments
Post a Comment