BAGHDAD: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Iraq diserang tiga roket
semalam (Ahad, 26 Jan), sedang beribu penunjuk perasaan mengadakan
tunjuk perasaan anti-pemerintah di negara tersebut.
Serangan itu menandakan peningkatan berbahaya dalam serangan roket
pada beberapa bulan kebelakangan ini yang mensasarkan kedutaan itu atau
pangkalan tentera Iraq di mana tentera Amerika dikerahkan.
Seorang pegawai kanan Iraq berkata sekurang-kurangnya seorang cedera, namun tidak pasti tahap keseriusan kecederaan tersebut.
Kedutaan AS belum memberi sebarang respon berkaitan serangan tersebut. - AFP
0 Comments
Post a Comment